Pemuda netwatch

Dari Editor1 : Assalamualaikum Laman ini boleh di anggap sebagai medan untuk mendapatkan jawapan dan kepastian . Di sini saya ingin menegaskan bahawa UMNO bukan sempurna dan tidak kebal dari melakukan kesilapan . Tiada apapun yang sempurna di dunia ini melainkan ALLAH. UMNO masih relevan untuk masyarakat Malaysia . Apa yang perlu bagi UMNO ialah teguran dan kritikan yang membina . Bersama kita bincangkannya .

Pemuda netwatch
Start a New Topic 
Author
Comment
LUTFI CUBA MENGAJAR PM – MB – PENGUAM – MENTERI – BUSH

Agak janggal juga apabila seorang penulis yang melacurkan penulisan bagi mendapat imbuhan yang lumayan untuk hidup mewah dan bekas mahasiswa yang gagal untuk menghabiskan pelajarannya di Universiti Pertanian Malaysia ingin mengajar Perdana Menteri , Menteri Besar dan juga seorang peguam merangkap menteri tentang pentadbiran negara dan mempersoalkan bab rasuah.








Apakah tahap pemikiran penulis ini sebenarnya setanding dengan pemikiran bijak pandai yang benar-benar faham akan bidang yang mereka sedang pelopori. Lutfi yang suka berbicara mengenai sesuatu topik yang beliau sendiri tidak arif adakala akan terjerat apabila isu ini diperbincangkan secara detail kerana belaiu sendiri kurang arif dengan isu yang diperkatakan.




Umpamanya tuduhan beliau terhadap nilai jalan di Sekinchan yang kononnya terlalu mahal sedangkan beliau sendiri tidak pernah tahu berapakah harga selori pasir selama ini. Kini tuduhan yang mulanya dinilaikan sebanyak 4. 5 juta untuk satu kilometer sudah turun pula ka 3.xx juta untuk satu kilometer.Adakala beliau juga cuba untuk tidak membicarakan pula isu itu setelah menerima teguran akan kesilapan yang beliau lakukan.




Kini Lutfi ingin membicarakan pula bagaimana cara untuk membasmikan rasuah.Sedangkan President Bush dan lain-lain pemimpin didunia gagal untuk membeteraskan isu rasuah dan sekian lama seluruh dunia gagal membenteraskan rasuah tetapi Lutfi ingin menjadi “Hero” membasmikan rasuah. Bukannya penulis menyokong akan amalan rasuah dinegara ini. Namun biarlah orang yang arif dan bertanggung jawab yang melakukannya.




“Masih ramai pihak tidak yakin tindakan mencegah amalan rasuah di negara ini benar-benar serius. Kata mereka, ada agenda tersirat di sebaliknya. Hujah mereka, kalau kerajaan benar--benar mahu menghapuskan amalan rasuah, kempen pilihan raya umum harus dibersihkan terlebih dahulu. BPR pula mesti diberikan kebebasan yang lebih luas, bukan di bawah telunjuk PM.” Tegas sdr Lutfi dalam wawancaranya bersama Dato’ Rais Yatim.




Sememangnya berbicara adalah satu perkara yang paling mudah untuk dilakukan didunia ini. Sama seperti Sdr Hassan Ali yang mahukan kuasa Menteri Besar dikurangkan.(Kerana beliau bukan menteri Besar). Namun kadangkala wang yang banyak juga akan dihalalkan sekiranya sogokan itu ditujukan itu lumayan. Umpamanya ketika lutfi menerima RM 50.000.00 sebanyak 4 kali dari “Mr Green”.Apakah pernah beliau merasakan beliau dirasuah? Beliau kini sedang berusaha begitu gigih sekali untuk mendapatkan RM 2 Juta sekiranya Dato”Khir Toyo dijatuhkan sebelum Aidil Fithri ini. Bukankah ini satu rasuah.(Untuk mendapatkan 2 juta ini mungkin beliau gagal)




Perpatah Melayu ada mengatakan , “Jika kita kancil jangan lah berak gajah.” Dan juga “Ukur baju dibadan sendiri”. Siapalah sdr Lutfi yang ingin berbicarakan perihal Rasuah. Sekiranya Hassan Ali atau fadhil Noor atau Mahffuz mungkin kita boleh juga mengatakan mereka punya landasan untuk bercerita mengenai rasuah tetapi bagi rakyat untuk mempercatainya , mungkin sukar juga.Inilah manusia yang bernafsu tinggi walhal kemapuannya maseh belum kesampaian.




Lutfi juga pernah mengatakan bahawa apabila akhbarnya pernah menyiarkan berita mengenai skandal Dato Abu Hassan ketika Dewan Undangan Negeri sedang bersidang dahulu lalu 3 hari selepas itu Dato’Abu Hassan meletakan jawatan..Ego betul pemuda ini. Maksud beliau, kini beliau telah membuat pendedahan dan juga membuat “press release” sewaktu persidangan DUN Selangor baru- baru ini maka Dato”Khir Toyo pula akan letak jawatan.




Namun beliau sebenarnya tersilap perhitungan kali ini. Walaupun setelah mencuba secara maksimum untuk menjatuhkan Dato”Khir Toyo ia hanya lah ibarat seekor lintah yang mengiggit betis. Hanya perit sedikit kemudian bila dibuang lintah itu maka hilanglah rasa perit itu.




Sdr Lutfi sebenarnya jangan terlalu riak dan takbur. Publisiti yang didapat itu sebenarnya bukan lah satu publisiti yang membuat rakyat memandang mulia terhadap nya. Sebenarnya rakyat Selangor bertambah jijik bila mengetahui niat jahatnya untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, sedangkan beliau hanya menumpang disini.Setelah mendapat belas ikhsan dari kerajaan Selangor yang pernah menganugerahkan tanah kepada Sdr Lutfi ,sifat tamak dan halobanya menguasai fikirannya hingga tergamak untuk mengaibkan seorang pemimpin yang memerintah negeri beliau mencari rezeki.




Apakah janji pemimpin PAS kepada belaiu , mungkin pencalunan dipilihan raya akan dating beliau akan menjadi calun kerana parti PAS sememang nya suka product hina seperti sdr Lutfi ini untuk dimertabatkan sebagai seoarang wakil rakyat. Seandainya belaiu menjadi wakil rakyat maka beliau akan menjanjikan bahawa Malaysia tidak akan ada sebarang maksiat, zina, rogol,rasuah.murtad dll.




Dengan itu Malaysia tidak lagi memerlukan hakim, Polis , penguam, BPR ,Jabatan Penjara , ISA dan banyak lagi badan –badan penguatkuasa yang memantau undang-undang kerana hanya dengan penulisan Lutfi dapat menangani segala masalah ini.




TepakBersualam:Maseh menunggu kerajaan negeri Kelantan membubarkan pasukan-pasukan seperti Tepak sebut diatas kerana kemunkinan kelantan dan Terengganu akan menjadi negeri sifar maksiat, rasuah, rogol, curi dll. Namun setelah sepuluh tahun berlalu Kelantan maseh memerlukan jabatan –jabatan ini malahan banyak pula mengeksport penjenayah ganas yang merogol dan membunuh. Tunggukan kesudahan perbicaraan Hanapi.