Pemuda netwatch

Dari Editor1 : Assalamualaikum Laman ini boleh di anggap sebagai medan untuk mendapatkan jawapan dan kepastian . Di sini saya ingin menegaskan bahawa UMNO bukan sempurna dan tidak kebal dari melakukan kesilapan . Tiada apapun yang sempurna di dunia ini melainkan ALLAH. UMNO masih relevan untuk masyarakat Malaysia . Apa yang perlu bagi UMNO ialah teguran dan kritikan yang membina . Bersama kita bincangkannya .

Pemuda netwatch
Start a New Topic 
Author
Comment
Agong Mangkat Dalam Fitnah Lutfi

Penulis menerima berita sedih kemangkatan Agong semalam dengan penuh keinsafan bahawa sebagai hamba kepada Pencipta setiap yang hadir di bumi ini pasti kembali kepada NYa.


Namun penulis yang begitu menyanjungi keperibadian baginda Yang Dipertuan Agong sebagai raja yang mengambil berat hal rakyat amat terkilan melihat seorang sultan sebaik baginda akhirnya mangkat dalam fitnah penulis laknat Lutfi.




Lutfi dalam tuduhan di laman webnya dan akhbar memo14 telah menuduh MB Selangor memberi keistimewaan kepada sultan hingga menggunakan wang kerajaan negeri untuk membayar duti stamp bagi tanah baginda.




Sungguh pun perkara tersebut telah dinafikan oleh MB namun Lutfi bukan sahaja tidak membetulkan fakta tersebut atau menyiarkan penafian MB tetapi terus menyebarkan fitnahnya itu, dan jauh sekali untuk memohon maaf kepada baginda atas fitnah di saat Yang Di Pertuan Agong dalam kegeringan.




Demikianlah kerana politik dan wang manusia sanggup berbuat apa sahaja hatta memfitnah orang yang tidak dapat mempertahankan dirinya kerana gering.




Baginda meninggal mungkin tanpa mengetahui fitnah Lutfi ke atasnya. Tetapi bolehkah orang seperti Lutfi terus hidup tanpa memikirkan dosa memfitnah seorang yang sedang sakit dan sekarang telah meninggal tanpa sempat beliau memohon kemaafan?




Semoga Allah mengampuni si Lutfi pemfitnah ini!