Pemuda netwatch

Dari Editor1 : Assalamualaikum Laman ini boleh di anggap sebagai medan untuk mendapatkan jawapan dan kepastian . Di sini saya ingin menegaskan bahawa UMNO bukan sempurna dan tidak kebal dari melakukan kesilapan . Tiada apapun yang sempurna di dunia ini melainkan ALLAH. UMNO masih relevan untuk masyarakat Malaysia . Apa yang perlu bagi UMNO ialah teguran dan kritikan yang membina . Bersama kita bincangkannya .

Pemuda netwatch
Start a New Topic 
Author
Comment
CABARAN UNTUK LUTFI BERSUMPAH -TIDAK MENERIMA GANJARAN $$$$

OLEH:JALAK_LENTENG


Lutfi akan menerima 2 juta ringgit sekiranya Khir Toyo jatuh sebelum Aidil Fithri.




Dalam satu wawancara eklusif di akhbar utusan Malaysia pada 18 Sept 01 Dato’ Seri Khir Toyo dengan begitu yakin sekali menyatakan bahawa parti PAS tidak akan dapat menawan sebarang kerusi didalam pilihan raya 2004 di negeri Selangor. Kata –kata ini harus dipandang serius oleh parti pembangkang kerana ini bukanlah satu amaran kosong kerana Menteri Besar ini begitu serius berkerja kuat untuk mencapai matlamat itu.








Ini bukanlah satu angan-angan kosong malahan parti pembangkang sememangnya telah dapat merasakan betapa pengaruh Menteri Besar ini kian memuncak. Langkah untuk memburukan imej Menteri Besar ini juga giat dilakukan oleh parti pembangkang kerana mereka sedar selagi Dato’ Khir Toyo masih berkuasa sebagai Menteri Besar maka pengaruh parti pembangkang kini di dalam keadaan yang kritikal kerana Menteri Besar yang muda dan aggresif ini sememangnya akan sentiasa turun ke padang untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memperkukuhkan pengaruh terhadap pimpinan beliau.




Beliau bukan sahaja dicemburui oleh parti pembangkang malahan ada di kalangan exsco senior di dalam kerajaan negeri Selangor merasa iri hati diatas kejayaan beliau memimpin negeri Selangor. Segala dugaan beliau hadapi dengan tabah dan tenang. Beliau telah menjawab segala tomahan terhadap beliau melalui akhbar- akhbar dan juga internet dengan cara yang diplomasi tampa terburu-buru.




Kini mereka yang bertanggung jawab membuat tohmahan hidup seperti cacing kepanasan termasuklah parti pembangkang yang telah memutarbelitkan isu ini. Mereka mengharapakan Menteri Besar dapat digulingkan dalam percubaan nekad Lutfi Othman Pendedahan Lutfi kini telah dapat dikesan motifnya dan juga siapakah pelakon dan dalang yang berada dibelakang tabir. Hanya masa akan menetukan tindakan yang akan diambil.




Lutfi dikatakan telah menerima sebanyak RM 50.000.00 sebanyak 4 kali oleh pelakon yang memberi arahan dibelakang tirai. Lutfi juga akan menerima sebanyak RM 2 juta seandainnya Dato’ Seri Khir Toyo akan dapat dijinakan sebelum menjelang akhir tahun ini dan secepat sebelum menjelangnya Aidfil Fithri yang mulia ini.Pelakon yang dipercayai membayai Lutfi dipercayai salah seorang yang paling senior didalam Exsco Selangor dan memiliki rangkainan perniagaan dan konsertium bagi orang-orang Melayu.Beliau juga dipercayai memiliki sebuah Hotel berhampiran dengan KLIA.




Diatas dasar tamak dan haloba mungkin dan juga bagi mencapai citapcita dan matlamat untuk menjadi seorang Menteri Besar yang mana jawatan ini pernah hampir dimiliki ketika Dato, Abu Hassan Omar meletakan jawatan dahulu. DUN undangan negeri ini pernah mengadakan solat hajat bersama pengikutnya dimana beliau meminta pengikut beliau untuk mendoakan agar belia akan dilantik sebagai Menteri Besar.Beliau lah manusia yang bertanggung jawab mengupah penulis upahan Lutfi untuk membuat laporan kepada BPR.




Jika Sdr Lutfi pernah mencabar Dato’ Seri Khir Toyo dilaman-laman web maka disini penulis ingin mencabar Sdr Lutfi agar tampil untuk menafikan bahawa beliau pernah mendapat ganjaran dari ahli DUN Selangor seperti yang penulis maksudkan .Penulis juga ingin mencabar saudara Lutfi untuk tampil bersumpah dimana- mana masjid untuk menafikan bahawa beliau sebenarnya tidak diupah oleh seseorang yang penulis maksudkan dihari dan bulan yang mulia ini.




Seandainya Lutfi gagal menafikan anadaian ini sebelum menjelangnya Aidil Fithri yang mulia ini eloklah kiranya Lutfi memohon maaf kepada pembaca kerana niat jahat Lutfi sebenarnya adalah berdasarkan dari upahan dan semata – mata didorong oleh wang ringgit. Penulis juga berharap Lutfi dapat menafikan melalui internet bahawa beliau sebenarnya melakukan semua ini bukan kerana wang ringgit.




Seandainya tiada sebarang “respons” dari sdr Lutfi penulis menganggap sdr Lutfi hanyalah penipu yang ingin mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan dari kejatuhan seseorang kerana fitnah yang telah beliau lakukan.