Pemuda netwatch

Dari Editor1 : Assalamualaikum Laman ini boleh di anggap sebagai medan untuk mendapatkan jawapan dan kepastian . Di sini saya ingin menegaskan bahawa UMNO bukan sempurna dan tidak kebal dari melakukan kesilapan . Tiada apapun yang sempurna di dunia ini melainkan ALLAH. UMNO masih relevan untuk masyarakat Malaysia . Apa yang perlu bagi UMNO ialah teguran dan kritikan yang membina . Bersama kita bincangkannya .

Pemuda netwatch
Start a New Topic 
Author
Comment
LUTFI KINI MENELAN FITNAHNYA SENDIRI

"Mungkin niat saudara Lutfi belum kesampaian untuk menjatuhkan Dato'Seri Khir Toyo. Mungkin sdr Lutfi juga tidak menyangkakan bahawa percubaan beliau kini agak perit dan tidak semudah seperti apa yang beliau sangkakan. Sekiranya dahulu laman laman web hanya dimonopoli oleh penulis penulis dari penyokong parti pembangkang tetapi tidak lagi sekarang. Pembangkang tidak lagi sewenang wenang nya untuk mempengaruhi rakyat dengan fitnah fitnah dilaman-laman web.




Rakyat juga boleh menilai dan membuat perbandingan kesahihan sesuatu berita kerana pehak yang dituduh juga berpeluang untuk menangkis segala fitnah buruk dari penulis yang cuba ingin memburukan individu tertentu. Mungkin Lutfi juga tidak lelap tidur sekarang kerana beliau juga terpaksa memikirkan apakah percaturan seterusnya untuk menguatkan fitnah beliau yang kini disangsi oleh sebilangan pembaca.Lutfi juga mungkin kini terasa akan bahang akibat perbuatannya sendiri yang mungkin mengakibatkan aib yang tidak terhingga sekiranya beliau gagal untuk memburukan imej Menteri Besar Selangor ini.




Bagi pemimpin parti pembangkang yang membakar isu ini kini mula menyuruk kan tangan mereka dibelakang dan seolah olah cuba tidak mahu terlibat secara langsung dengan isu ini dan kini Lutfi terkial kial sendirian untuk meneggakan benang yang basah. Cuma penyokong penyokong parti pembangkang yang bermentaliti malas berfikir dan menyerap apa saja yang dibaca mereka sahaja yang kini menjaja isu ini.




Bertambah banyak bahan fitnah yang disuakan kepada pembaca bertambah banyak pembohongan yang dapat dikesan. Disini penulis ingin mengupas satu persatu mengenai isu isu yang diputar belitkan oleh sdr Lutfi. Mengenai pemberian dan nilai kontrak jalan mungkin kini agak reda kerana Lutfi sendiri seolah olah menarik balik tuduhan itu dengan secara halus bagi menutup kesilapan pertamanya. Beliau pernah meminta untuk melupakan nilai kontrak membena jalan itu setelah menilai kembali secara terperinci "costing" dan nilai sebenar nilai kontrak itu.








Penulis ingin mengupas lagi beberapa kelemahan tuduhan yang dibuat oleh sdr Lutfi dengan secara sengaja ataupun tidak. Umpamanya . Lutfi tidak pernah menyentuh mengenai premium yang dikenakan oleh kerajaan negeri Selangor terhadap rakyat yang menerima anugerah tanah kerajaan ini.Lutfi inginmenyogok pembaca agar mereka menganggap penerima ini menerima tanah ini secara percuma. Agak mustahil jika sdr Lutfi tidak tahu setiap tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan Negeri kepada rakyat mestilah dibayar premium dalam tempun 3 bulan dan sekiranya mengakibatkan kegagalan kerajaan akan menarik balik anugerah itu.








Lutfi sepatutnya mengetahui prosedure ini kerana Lutfi juga pernah menerima sebidang tanah di Kajang atas nama Zaini yang dianugerahkan oleh "Mr Green" (Seorang exsco kerajaan negeri Selangor) Lutfi juga pernah memohon banyak lagi tanah di negeri Selangor walaupun dia hanya menerima sebahagian dari tanah itu. Insyaalah penulis akan menulis beberapa artikel susulan mengenai hubungan Lutfi dengan Hj Hamzah. Apakah hubungan mereka ini ? Penulis juga akan juga menulis sebuah artikel lagi mengenai siapakah Exsco kerajaan Selangor yang bersama Lutfi di coffee house "Riverside" dan siapakah "Mr Green" yang penulis maksudkan ini.Siapakah exsco negeri Selangor yang berlari keluar selepas pre- council dan membelitkan cerita kepada Lutfi ? Semua ini akan penulis dedahkan bagi tatapan umum agar pembaca mengenali siapakah Lutfi ini dan apakah tujuan sebenarnya niat jahatnya ini.








Kali ini penulis hanya ingin menumpukan kepada bab pemberian tanah dan mungkin juga untuk menjawab segala kesangsian pembaca diatas isu yang diputarbelitkan oleh sdr Lutfi.Antaranya adalah :








Pemberain tanah yang pernah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor sebanyak 660 ekar yang telah dianugerahkan kepada rakyat Selangor ada lah berdasarkan gantian tanah tanah mereka yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi pembenaan sekolah dan projek projek kerajaan. Pecahannya adalah seperti berikut: 110 ekar lebih dianugerahkan kepada persendirian. 550 ekar adalah tanah yang dianugerahkan kepada orang orang melayu sebagai rizab melayu dan 11 syarikat syarikat tertentu seperti PKNS dan syarikat syarikat koprat yang lain. Sebahagian nya juga diberikan untuk dimajukan sebagai "tropical fruit garden" dan juga pemohon bukan melayu.








Kerajaan negeri hanya akan menerima proposal dan tidak perlu untuk meneliti senarai pemohon kerana ini telah diproses oleh beberapa agensi yang berkenaan.Kemudain dibawa kemusyarat exsco bagi mendapat kelulusan dan barulah ditandatangani oleh Menteri Besar.Ada diantara pemohon itu adalah dari pemohon muda yang diharapkan dapat membangunkan tanah itu sejajar dengan pemohon pemohon lain. Menteri Besar tidak perlu meneliti secara terperinci siapakah pemohon itu kerana tugas ini telah pun dilaksanakan oleh mereka yang bertanggung jawab. Kepercayaan yang telah diberikan kepada pegawai yang bertugas dan bukan lah kerja Menteri Besar untuk meneliti secara terperinci pemohonan tersebut.








Menteri Besar sebenarnya akan menandatangani anugerah tanah ini setelah mendapat kelulusan dari exsco dan juga setelah ianya melalui proses yang tertentu.








Adalah tidak adil untuk menuduh Menteri Besar yang mempunyai "intrest" yang tersembunyi dalam pembahagian tanah ini kerana ianya dibuat melalui proses yang betul dan diluluskan oleh exsco negeri. Mungkin atas dasar tamak kerana mendapat sebahagian dari permohonan yang dibuat oleh sdr Lutfi berjaya ataupun ada agenda lain maka sdr Lutfi telah mengunakan kelebehan yang dikurnai Allah s.w.t kepadanya ke jalan yang menjijikan iaitu untuk mengaibkan seseorang. Semoga Allah akan memberikan petunjuknya didunia ini dan membuktikan siapakah sebenarnya "taik" rasuah.