Pemuda netwatch

Dari Editor1 : Assalamualaikum Laman ini boleh di anggap sebagai medan untuk mendapatkan jawapan dan kepastian . Di sini saya ingin menegaskan bahawa UMNO bukan sempurna dan tidak kebal dari melakukan kesilapan . Tiada apapun yang sempurna di dunia ini melainkan ALLAH. UMNO masih relevan untuk masyarakat Malaysia . Apa yang perlu bagi UMNO ialah teguran dan kritikan yang membina . Bersama kita bincangkannya .

Pemuda netwatch
Start a New Topic 
Author
Comment
MASIH ADA YANG BIADAB KETIKA RAKYAT SEDANG BERSEDIH

Oleh:TepakBersulam


Didalam keadaan syugul dan kesedihan kita menghadapi dugaan Allah s.w.t kerana permergian Raja yang kita kasihi namun masih ada umat Allah yang memendam dendam dan bersikap biadap tidak menghormati saat kepiluan ini.








Malahan bulan yang mulia ini juga tidak dihormati, kesedihan rakyat jelata tidak dihormati. Sedangkan bangsa asing dan juga pemimpin parti dari perbagai fahaman yang sanggup melupakan sejenak perihal lain melainkan memberikan penghormatan tanda kasih kepada raja.




Kami juga terpaksa bersabar dan hanya beristigafar bila membaca komen Sdr/Sdri Hanim dan juga yaya penyokong fanatik parti PAS yang mengakui manusia yang mulia dan alim yang datangnya dari kaum-kaum ambiah. Memuja Nik Aziz sebagai idola. Namun kerana kami menghormati dan kasihkan Raja kami yang baru saja mangkat kami hanya sekadar menarik nafas yang panjang dan berastagahfar agar iman kami tidak juga dirasuk oleh syaitan dibulan yang mulia ini.




Ini lah Komen Sdr/Sdri Hanim & yaya YANG MENGULAS PENGUMUMAN PM mengenai kemangkatan Almarhum raja kita .Sama-sama kita nilaikan dan untuk dijadikan iktibar.




Tapi Kita Masih Mempunyai Pemimpin Yg ....... (Score: 1) by Hanim on Thursday, November 22 @ 14:51:46 MYT (User Info | Send a Message)




.... (tak ada perkataan yg elok untuk menerangkan ttg kelakuannya). Basah saputangan mengelap air mata buayanya semasa beri press conference. Best actor M'sia ever produced. dan sorang lagi kawan beliau(kot kot orang yang sama)




Re: Negara Kehilangan Raja Berjiwa Rakyat (Score: 1) by yaya on Thursday, November 22 @ 19:13:01 MYT (User Info | Send a Message)




Biarkan. Jgn marah sama dia. Kita harap pelakon tu akan cepat insaf dgn perginya kawannya tu.




(semua pelayar laman ini boleh ikuti komen beliau di Artikel : Negara Kehilangan Raja Berjiwa Rakyat hasil tulisan Abdul Jalil Backer)




Penulis terasa terpanggil untuk menulis tulisan ini kerana merasa amat sedih kerana ada sebilangan insan dari bangsa penulis kini tidak dapat lagi dibendung sikap "kurang ajar" mereka. Penulis tidak pernah lagi melihat anak bangsa penulis yang begitu "kurang ajar" sebelum ini.




Pemimpin PAS harus mengambil iktibar dari pengajaran ini kerana mereka telah memulakan budaya "kurang ajar" dengan memertabatkan Shahnon Ahmad , Sasterawan pencarutan Negara disatu tempat yang tertinggi.




Nik Aziz sanggup membandingkan Shahnon dengan tuhan, "Tuhan juga mencarut" hanya sekadar ingin mepertahankan orang-orang tua yang "kurang ajar".Apakah Shahnon dan Tuhan adalah sama darjatnya. Jika kita pusing kearah mana sekali pun walau apa jua alasan yang akan diberikan oleh orang-orang PAS namun hakikatnya penulis akan sekeras-keras menyatakan mencarut bukan lah budaya orang melayu.




Mereka juga yang menanam semangat serta menghalalkan pencarutan apabila ulama-ulama PAS yang menjadi idola pengikut PAS,mencarut, memaki hamun,menabur fitnah, mereka-reka cerita agar ianya menjadi adunan lawak dan fitnah yang boleh di percayai diatas pentas-pentas ketika berceramah.Contoh ini telah diteladani oleh pengikut mereka inilah "product" yang dilahirkan oleh pemimpin PAS. Rakyat seperti Hanim dan yaya ini lah dilahirkan oleh mereka.




Sebelum PAS menjadi ego dan mendapat sokongan sedikit dari rakyat penulis tidak pernah bertemu anak melayu yang bersikap seperti Hanim, Penulis juga tidak pernah ketemui imam yang baru selesai berjemaah subuh singgah kekedai kopi.memaki ,mencarut,menghamun pemimpin negara.(bekas imam no 2 yang dipecat).Penulis juga tidak pernah jumpa anak-anak melayu yang begitu bebal dan daif seperti yang dilahirkan oleh parti PAS. Product yang dilahirkan oleh parti PAS ini amat mengecewakan.




Ini adalah teguran ikhlas penulis yang berbangsa Melayu kepada anak bangsa penulis yang lain yang seagama dengan penulis Walaupun ianya mungkin digalakan oleh ulama ambiah PAS, elok lah kembali memartabatkan budaya bangsa kita. "